Monday, July 11, 2022

Rasa kena paksa ke ?

Dah lama tak post entry baru so harini baru lepas habiskan cuti raya haji so esok kene kerja. The environment kat tempat kerja baru quite best lah sebab rakan sekerja yang best dan tak berapa nak toxic. Just me yang menjadi toxic untuk diri sendiri. huahuaa. Hmm cume tulah kene buat somthing yang kita tak minat boleh jadi toxic pada diri sendiri juga. Penat sebenarnya nak lawan dengan diri sendiri yang selalu nak kerja sendiri. Sebab apa ? Okay lemme share ade la kan saya ada appoinmnet ni memang penting la tapi terpaksa tunda sampai lah beberapa bulan ke depan hanya sebab kerja. Then masa saket teruk Boss tak kasik cuti. But aku resist jeh sebab aku rasa memang tak larat nak kerja masetu. Aku bukan kerja duk depan lappy and aroubnd office kerja aku ni lain yang memerlukan kesihatan untuk kerja lah. Sometimes la kan Boss kita ni yang bayar gaji dia gov tapi kenapa dia buat kita ni seolah-olah dia yang membayar gaji kita. something yang aku rase annoyeddd sangat. haihhhh. im not too emotional cumenye normal la rasa macam tak patuttt lah. And pernah juga Boss ingat kite pura-pura sakit. Allahuu. Kadang tu dia tak nampak apa yang kita sacrifice untuk kerja. i mean macam kita stay up sampai pukul 3 lebih untuk do the best for the program kalau esok dah due. Bangun awal seawal 5 am tak sempat buat pape terus bukak laptop like-a-robot. Pastu mula lah migraine sebab tak cukup tido. Kita ni sebagai orang bawahan dia terpaksa sabar ikut kehendak dia yang tak bayar pun gaji kita. Bukan semua orang berfikiran sama macam kita. So kalau korang ada cita-cita nak keluar dari zon selesa keluar dafi kerja bawah orang and makan gaji tunggu tarikh gaji masak like every month sebab hujung2 bulan dah nak sengkek just terusskann impian korang sampai dapat. Tak salah apa pun sebab kita dah dewasa untuk tentukan jalan hidup kita tapi apa pun isthikarah, minta petunjuk Allah and kalau hati rasa tetap dats mean itulah jawapannya. Salam sayang from HADDAAAA.

Saturday, April 2, 2022

Still with the decision

Hai gais Assalamualikum. Aku dan decision aku untuk letak jawatan kalau income bussines aku lebih daripada gaji. Aku masih tetap pendirian dan taktahu kalau akan berubah. Aku rasa aku ade satu kekuatan iaitu susah nak ubah pendirian. kelemahan tu of course la banyak. Sesak memang sesak dan aku nak keluar daripada kesesakan kewangan, nak freedom of choice and freedom of time. Kadang-kadang bila kita tersilap langkah mesti kita kene la. yela kerja under gov ni kene ikot sistem la kan. But for now i still with the decision. Some day. we'll see . Lots of Love, hadaa.

Wednesday, March 16, 2022

Psitive covid finallyyyy

Assalamualaikum gais. sekarang sebenarnya dah pukul 12 tengah hari dan aku belum makan pape. Bangun untuk solat subuh then tidur balik then bangun tengok adik dah masak. Syukur Allah bagi aku adik sebaik itu. Aku bangun je tekak aku perit sangat sepatutnya dah hari ketiga covid. Entry aku yang lepas Me and three wishes nak pindah tu alhamdulillah aku dah pun berpindah di tempat kerja baru. Syukur. Tapi harini ade berita kurang baik la gais. boss aku marah kata aku lambat bagitau aku positive dan aku buat keputusan ikot kepala hotak aku sendiri tak berbincang dengan kawan kerja aku. Yes aku mengaku kesalahan aku yang part aku tak betul2 berbincang dengan rakan sekerja tapi at least aku ade tanya dalam group minta cadangan anything. tapi yang aku tak boleh terima adalah dia kata aku lambat bagitau aku positive. Sebenarnya, aku balik je dari klinik dapat result confrimation aku positive aku snap send kat dia. hari yang sama cume lambat beberapa minit . waktu ambik specimen air hidung aku pukul 5 petang. abistu masa aku tunggu result dan setel kat kaunter dan drive balik rumah. aku pergi sendiri takde siapa bawakkan aku. So adakah masih lambat info nya > tu je persoalan nya. Satu je aku senanya berfikir lah dalam keadaan aku sakit covid everything kau harus bertanggungjawab no matter how. even aku banyak appoinment pun aku sampai ignore je sebab kerja. Sampai ade nurse kata penyakit mata aku boleh buat buta so aku pun terpaksa on balik appoinment. Aku duduk kat Johor so appoinment shud be kat sg buloh. Ade banyak tarikh Hospital Sg Buloh kasi jadi haih nak mohon cuti satu hal. Aku haritu MRI pun payah nak mohon cuti. Senang cite bila kau banyak penyakiy memang agak sukar la bila kau kerja kerajaan. sebab apa sebab kita pegang tanggungjawab even kita sakit tanggunjawab tetap harus berjalan. Sebenarnya aku dah lama fikir bende ni. Aku fikir kalau bisnes aku sama income dengan gaji sekarang better aku quit kerja. Nanti penyakit aku semakin pulih aku akan carik pekerjaan lain. Aku percaya dengan rezeki Allah ada di mana-mana. Lots of love, Hada.

Friday, August 6, 2021

me and my three wishes

Assalamualaikum wbt. Aku hanya ada 3 wish . nombor 1 nak pindah tempat kerja. nombor 2 nak pindah tempat kerja. nombor 3 nak pindah tempat kerja . Please doakan . Thats all for my entry this time. Goodbye . Lots of sad and sorrow, Hadaa .

Saturday, April 17, 2021

What happen to my eyes actually ?

Assalamualaikum and hai . Haritu Hada pakai spek dan disebabkan dah lama tak pakai spek rasa macam dah tak kena pakai spek tu sebab mata makin kabur especially sebelah kanan. Lepastu Hada pergi kedai spek nak buat baru. tapi macam biasakan bila nak buat spek baru dia akan check dulu power mata kita. Tapi bila check belah kiri tu dia macam tak dapat detect. Then bila dah tak dapat detect tu dia suruh check kat pakar mata untuk dapatkan berapa power and boleh datang kedai balik untuk buat spek mata. So Hada pergi Klinik Pakar Mata untuk check. Doc kata urat mata pucat tapi tula tak paham kan . So Hada tanya dia adakah sebab makan ubat anti depressant tu then dia kata setakat ni takde kajian yang membuktikan ubat tu menjadi penyebab mata camtu. Doc suspek Hada Glaukoma and tekanan mata pun tinggi. Doc pelik sebab glaukoma sangat jarang berlaku pada umur-umur muda camtu. So Doc bagi ubat titis untuk membantu tekanan mata. Then dapat appointment depan. lepas dua minggu hada datang lagi untuk check. Dia macam ada mesin yang ade titik lampu tu bila kita nampak kita kene tekan kat somting benda macam controller gitu. pastu dah dapat result doc check balik mata lepastu dia kata kene buat CT scan otak untuk check sama ada glaukoma atau tumor otak. Alaaa tacodd nye. Doakan hada ye. So Ct scan nye esok pagi. Haerap takde pape. next time entry Hada bagitau result CT scan otak. Lots of love <3 Hadaa

Wednesday, March 10, 2021

MDD ? Apakah ?

Assalamualaikum wbt . MDD ? Apa tu ? okay MDD ni adalah singkatan daripada "Major Depressive Disorder". Haritu aku pergi checkup maybe buat kali terakhir kata aku lah dalam hati masetu. Pastu lepas nurse check apa semua then suruh jumpa doktor. Pastu masatu aku cam layan jela jawab je apa semua doktor tanya sampaila kat satu soalan ni. "Bagaimana dengan keadaan mental atau emosi puan ?" Aku masetu cam emmm dalam hati jela tapi. Doktor tu sambil tulis2 tadi dia stop tulis dia tengok aku sebab mungkin aku diam lama sangat. dia tanya soalan sama kat aku lagi sekali. aku cakap "hm sy tak boleh la tengok orang pegang baby especially kat klinik. Saya rasa saya takde semangat lagi." lepastu doktor suruh lah aku gi buat ujian DASS. Okay ujian DASS ni sebenarnya ujian untuk check kesitan mental kita . Ujian ni namanya Saringan Minda Sihat. So kalau korang nak pergi check sendiri pun boleh just search je kat google tu DASS test or ujian Saringan Minda Sihat. So dapat lah result tapi taklej la share kat sini . Lepas dapat tu terus doktor bagi satu ubat ni namanya Luvox (50 mg). Doktor pesan macam macam kat aku suruh positif sebab ambil ubat tu tak bermakna kita sakit mental ke apa tapi untuk memberi kan ransangan seperti ketenangan untuk aku . Ubat tu adalah sejenis anti depressant.
Alhamdulillah setakat ni dah dua malam aku dapat tidur malam . Kalau tak aku susah betul nak lelapkan mata ni sebab aku rasa banyak betul bende nak difikirkan sampai tak cukup 24 jam gituuu. BTW doakan aku lepasni diberikan kesihatan fizikal dan mental . Thanks semua . Lots of love <3 hadaa

Tuesday, February 9, 2021

1.45 am so scaryyy

Assalamualaikum and morning . sekarang dah pukul 1.45 am tapi mata still tak ngantuk idk why . Yang sbenarnya aku sedang gelisah dan sedih atas apa yang tertimpa pada goresan takdir ini . Gituuu . Abdullah Solihin Bin Muhammad Yusuf . Anak ibu dan cinta pertama ibu dan abah . berkali kali aku cuba untuk pujuk hati terima semua dengan redha . Tapi siyes aku cakap memang bukan senang eh . Memang orang sekeliling banyak bagi warm wishes semua tapi tula hakikatnya bukan mudah ye gais . "move on k hada" aku tak mampu reply text dari wtssapp tu . Sebab bagi aku macam mana la aku nak move on ? Its not about love boleh move on carik peganti . My very first time jadi ibu and harus menerima hakikat yang anak tu tak leh survive . So aku tunjuk sikit gambar pengebumian my lovely son Abdullah Solihin 
Its okay not to be okay . Terima kasih tak terhingga untuk semua ucapan dan kata semangat dari semua sahabat saudara mara dan family . Hanya Allah yang mampu balas. so next entry mungkin aku share my journey on how this thing happened . okay wasalam . Lots of love . Hada .