Sunday, January 14, 2018

Road to clear skin !

Assalamualaikum you alls. harini saja nak share pasal skincare. Ada beberapa kawan yang tanya guna apa kulit muka makin okey. Soo saya jawab simple and padat makan vit C. oh no sebenarnye kalau nak cerita memang banyak sangat. Saya dah STOP ambik vit C sebab saya ada gastrik atau mungkin Vit C brands tu yang tak sesuai dengan saya so maybe saya akan tukar kepada brand lain yang sesuai dengan saya. Tapi kali ni nak share pasal Skin care sebab supplement setakat ni saya dah stop. First sekali, semuanya adalah bermula daripada penjagaan kita sendiri. Tak kisah banyak mana pun kita pakai makeup kuncinya adalah cuci muka bersih bersih ! Lepas kita balik daripada jalan jalan atau balik kerja especially, mesti dah penat terus baring dan tertido. Lepastu lama lama benda macamni jadi rutin kan. betul tak ? Ke saya sorang yang rasa cani. Yes ini berdasarkan pengalaman saya. Lepastu muka mulalah BREAKOUTTT !!! >..< Bila dah breakout tu siyes rasa macam nak pakai burqa ... haha. So jangan malas malas balik kerja terus cuci muka bersih bersih. Okay balik kerja or jalan jalan saya akan bersihkan dulu guna cleansing wipes simple memang sangat simple dan bagus. Ataupun saya guna cotton pad titikkan Garnier micellar cleansing water dan bersihkan muka sampai hilang semua makeup walaupun guna compact powder SAHAJA. Lepastu saya guna SIMPLE cleansing oil beberapa titik sahaja dan massage muka dalam masa 2 - 3 mins atau ikut kepuasan. Tapi nak diingatkan bukan semua sesuai dengan cleansing oil so kalau rasa muka tak sesuai dengan cleansing oil boleh guna cleansing wipes or micellar water sahaja. Lepastu saya gunakan HG cleanser saya iaitu AIKEN tea tree oil sebab cleanser ni sangat sesuai dengan kulit muka saya setakat ni sebab sebelum ni memang dah guna dari yang mahal sampai ke murah memang ni je yang sesuai so far. Lepas bilas muka, saya guna S.T IVES'S apricot scrub yang ni guna twice a week kadang-kadang guna three times per week. seriously best guna scrub ni tau ! DONE ! senangkan.
ni kalau dan mengantuk tahap nak meninggal boleh terus tido. tapi kalau rajin lagi boleh apply clay mask, saya guna Secret aztec bentonite clay boleh beli online yer. nak senang carik #secretaztecmalaysia mesti jumpe punya kat IG ualls tu. Clay mask nila yang banyak bantu proses healing segala keturunan jerawat yang menjajah kat muka. lepastu dah kering kan, boleh pakai toner dan saya guna toner SIMPLE lepastu saya guna SIMPLE light moisturizer. dan mungkin saya akan add on essence dan serum dalam skin care routine saya ! Tapi sekarang masih search pasal info brands product semua sincare nak pilih yang terbaik dan try an error sampai jumpa ! Saya juga amalkan minum Green tea dan Lemon suam untuk dalaman. Satu pesanan saya jangan mudah terpengaruh dengan product yang "kesan seawal 7 hari", "pasti putih pelolesh dalam masa 2 jam " or whatsoever trademark yang mengaburi mata gadis gadis. yes saya tahu semua nak cantik cepat tapi kena ingat yang penting adalah kulit yang sihat. Saya ni sendiri pernah guna product yang ada mercury dan lepas stop memang ambil masa hampir setahun lebih nak sembuh ! Okayy last but not least, cuci muka bersih-bersih ! jangan mudah terpengaruh dengan produk yang boleh buat ualls pelolesh laju laju ! Lots of love :* hadaa

Wednesday, January 10, 2018

Life as a Teacher !

hello You alls apakhabar harini saja nak update blog sebab baru ada mood. saja nak share something yang buat i feel uneasy. Yelah life as a teacher takdelah mencabar macam u alls yang engineer ke doctor ke lawyer etc kan. tapi kami juga ada cabaran masing-masing. kami ni ajar prasekolah so apa yang biasa teacher lain buat adalah menyalahkan kami ni yang ajar bdak pra bila dorang naik Tahun 1 bermasalah. senanye kami ni dah cuba yang terbaik untuk buat budak tu berubah tapi apakan daya kami kan. kami tak salahkan semua tapi ada beberapa yang suka sangat main blame2 orang ni macamlah so perfect. hello ! kami ni ni dah puas buat macam macam untuk buat budak tu jadi better. Ada lah satu budak yang saya ajar ni dia memang agak nakal dan agak susah nak dengar cakap orang tua. so bila dia naik Tahun 1 ada lah beberapa teacher ni salahkan saya sebab budak tu nakal tak nak dengar cakap. Padahal masa ajar budak tu macam -macam cara boleh katakan hari hari lah marah dia.
Korang paham kan sekarang ni kalau pukul budak masuk penjara so i alls gunalah cara yang pernah belajar segala bagai dulu teori kononnnn. haha What the. gunalah teori apa pun. sila meninggal :p Memang tak jalan. untuk budak yang medium mungkin berkesan tapi kalau untuk budak hyper susah kettt ah. so kita memang takleh nak tutup mulut orangkan. So I have to ignore. Yang pnting adalah bagaimana ikhlas dan niat kita nak mengajar bukan semata-mata fikir "ala dapat gaji tiap bulan kisah pulak aku nak budak pandai ke tak?" Niat tu penting, kita niat nak ajar ikhlas dan dah cuba yang terbaik lepastu serahkan segalanya pada Allah. Then kalau ada lagi mulut orang nak cakap ape pun You dont have to care. Stay strong dearies ! lotsoflove :* Hadaa.