Friday, August 6, 2021

me and my three wishes

Assalamualaikum wbt. Aku hanya ada 3 wish . nombor 1 nak pindah tempat kerja. nombor 2 nak pindah tempat kerja. nombor 3 nak pindah tempat kerja . Please doakan . Thats all for my entry this time. Goodbye . Lots of sad and sorrow, Hadaa .

Saturday, April 17, 2021

What happen to my eyes actually ?

Assalamualaikum and hai . Haritu Hada pakai spek dan disebabkan dah lama tak pakai spek rasa macam dah tak kena pakai spek tu sebab mata makin kabur especially sebelah kanan. Lepastu Hada pergi kedai spek nak buat baru. tapi macam biasakan bila nak buat spek baru dia akan check dulu power mata kita. Tapi bila check belah kiri tu dia macam tak dapat detect. Then bila dah tak dapat detect tu dia suruh check kat pakar mata untuk dapatkan berapa power and boleh datang kedai balik untuk buat spek mata. So Hada pergi Klinik Pakar Mata untuk check. Doc kata urat mata pucat tapi tula tak paham kan . So Hada tanya dia adakah sebab makan ubat anti depressant tu then dia kata setakat ni takde kajian yang membuktikan ubat tu menjadi penyebab mata camtu. Doc suspek Hada Glaukoma and tekanan mata pun tinggi. Doc pelik sebab glaukoma sangat jarang berlaku pada umur-umur muda camtu. So Doc bagi ubat titis untuk membantu tekanan mata. Then dapat appointment depan. lepas dua minggu hada datang lagi untuk check. Dia macam ada mesin yang ade titik lampu tu bila kita nampak kita kene tekan kat somting benda macam controller gitu. pastu dah dapat result doc check balik mata lepastu dia kata kene buat CT scan otak untuk check sama ada glaukoma atau tumor otak. Alaaa tacodd nye. Doakan hada ye. So Ct scan nye esok pagi. Haerap takde pape. next time entry Hada bagitau result CT scan otak. Lots of love <3 Hadaa

Wednesday, March 10, 2021

MDD ? Apakah ?

Assalamualaikum wbt . MDD ? Apa tu ? okay MDD ni adalah singkatan daripada "Major Depressive Disorder". Haritu aku pergi checkup maybe buat kali terakhir kata aku lah dalam hati masetu. Pastu lepas nurse check apa semua then suruh jumpa doktor. Pastu masatu aku cam layan jela jawab je apa semua doktor tanya sampaila kat satu soalan ni. "Bagaimana dengan keadaan mental atau emosi puan ?" Aku masetu cam emmm dalam hati jela tapi. Doktor tu sambil tulis2 tadi dia stop tulis dia tengok aku sebab mungkin aku diam lama sangat. dia tanya soalan sama kat aku lagi sekali. aku cakap "hm sy tak boleh la tengok orang pegang baby especially kat klinik. Saya rasa saya takde semangat lagi." lepastu doktor suruh lah aku gi buat ujian DASS. Okay ujian DASS ni sebenarnya ujian untuk check kesitan mental kita . Ujian ni namanya Saringan Minda Sihat. So kalau korang nak pergi check sendiri pun boleh just search je kat google tu DASS test or ujian Saringan Minda Sihat. So dapat lah result tapi taklej la share kat sini . Lepas dapat tu terus doktor bagi satu ubat ni namanya Luvox (50 mg). Doktor pesan macam macam kat aku suruh positif sebab ambil ubat tu tak bermakna kita sakit mental ke apa tapi untuk memberi kan ransangan seperti ketenangan untuk aku . Ubat tu adalah sejenis anti depressant.
Alhamdulillah setakat ni dah dua malam aku dapat tidur malam . Kalau tak aku susah betul nak lelapkan mata ni sebab aku rasa banyak betul bende nak difikirkan sampai tak cukup 24 jam gituuu. BTW doakan aku lepasni diberikan kesihatan fizikal dan mental . Thanks semua . Lots of love <3 hadaa

Tuesday, February 9, 2021

1.45 am so scaryyy

Assalamualaikum and morning . sekarang dah pukul 1.45 am tapi mata still tak ngantuk idk why . Yang sbenarnya aku sedang gelisah dan sedih atas apa yang tertimpa pada goresan takdir ini . Gituuu . Abdullah Solihin Bin Muhammad Yusuf . Anak ibu dan cinta pertama ibu dan abah . berkali kali aku cuba untuk pujuk hati terima semua dengan redha . Tapi siyes aku cakap memang bukan senang eh . Memang orang sekeliling banyak bagi warm wishes semua tapi tula hakikatnya bukan mudah ye gais . "move on k hada" aku tak mampu reply text dari wtssapp tu . Sebab bagi aku macam mana la aku nak move on ? Its not about love boleh move on carik peganti . My very first time jadi ibu and harus menerima hakikat yang anak tu tak leh survive . So aku tunjuk sikit gambar pengebumian my lovely son Abdullah Solihin 
Its okay not to be okay . Terima kasih tak terhingga untuk semua ucapan dan kata semangat dari semua sahabat saudara mara dan family . Hanya Allah yang mampu balas. so next entry mungkin aku share my journey on how this thing happened . okay wasalam . Lots of love . Hada .