Wednesday, March 10, 2021

MDD ? Apakah ?

Assalamualaikum wbt . MDD ? Apa tu ? okay MDD ni adalah singkatan daripada "Major Depressive Disorder". Haritu aku pergi checkup maybe buat kali terakhir kata aku lah dalam hati masetu. Pastu lepas nurse check apa semua then suruh jumpa doktor. Pastu masatu aku cam layan jela jawab je apa semua doktor tanya sampaila kat satu soalan ni. "Bagaimana dengan keadaan mental atau emosi puan ?" Aku masetu cam emmm dalam hati jela tapi. Doktor tu sambil tulis2 tadi dia stop tulis dia tengok aku sebab mungkin aku diam lama sangat. dia tanya soalan sama kat aku lagi sekali. aku cakap "hm sy tak boleh la tengok orang pegang baby especially kat klinik. Saya rasa saya takde semangat lagi." lepastu doktor suruh lah aku gi buat ujian DASS. Okay ujian DASS ni sebenarnya ujian untuk check kesitan mental kita . Ujian ni namanya Saringan Minda Sihat. So kalau korang nak pergi check sendiri pun boleh just search je kat google tu DASS test or ujian Saringan Minda Sihat. So dapat lah result tapi taklej la share kat sini . Lepas dapat tu terus doktor bagi satu ubat ni namanya Luvox (50 mg). Doktor pesan macam macam kat aku suruh positif sebab ambil ubat tu tak bermakna kita sakit mental ke apa tapi untuk memberi kan ransangan seperti ketenangan untuk aku . Ubat tu adalah sejenis anti depressant.
Alhamdulillah setakat ni dah dua malam aku dapat tidur malam . Kalau tak aku susah betul nak lelapkan mata ni sebab aku rasa banyak betul bende nak difikirkan sampai tak cukup 24 jam gituuu. BTW doakan aku lepasni diberikan kesihatan fizikal dan mental . Thanks semua . Lots of love <3 hadaa

No comments:

Post a Comment