Thursday, December 6, 2018

Satu hari di Penang

Haii kabareee :)) Harini hada nak share pasal jalan kat penang cuti sekolah ni. Actually tak plan pon cuma ada kawan utagha kawin and sambil menyelam minum air kita pergilah ke Penangggg. Sebenarnya kalau satu hari tak puas beb kene 3 hari camtu sebab Penang ni syurga makanan kan. Hada and friends jalan kat Penang. Okay hada nak kenalkan kawan kawan hada. Hada dari batu pahat dengan hazlin. Orang Penang yang lelaki tu nama dia Adam. And kiteorg tido rumah fana dia ni orang Kedah. So kiteorg decide nak pergi muzium 3D biasela kalau gi penang tak sah kalau tak pergi Muzium ni. Okay korang boleh usha usha pic ni Best kann kalau korang pergi Penang mesti kene masuk muzium ni rugi kalau tak masok. Lepastu kiteorg terpengaruh dengan promoter tu untuk ke dark mansion tak silap muzium glow in the dark bayaran tiket hanyalah rm 5. Ni pun best jugak tau Okayy dah penat kiteorg makan nasi kandaqq lah kat restoran makbul memang seriously sedap Kiteorang pun ada bergambar kat satu tempat ni nama dia chew jetty tak silap haa situ view dia lawaa kalau korang dapat scene yang cantik camtu rugi weh tak post insta. Hehe. Love love Im so in love lah jalan kat Penang sampai ada orang tu nak ajak posting kat Penang. Mak aihh jauh nya hada dala manja kat omak dan bapak den. Okay last picture keyhh Muka heaven sebab dapat rasa aiskrim durian halal katanyaaaa hahha tapi tester jela. Haha Okayy sampai sini saja untuk entry kali ini. Next entry hada pasal jalan ke Singapore pulak nak pergi universal studio ! Btw ramai kawan tegur hada dah kurus and skin dah helok. Okay next entry lah hada share ye pasal diet and skincare update. Okay daaa lots of love <3 hadaar

Saturday, November 3, 2018

Life as a Teacher Part 2

HAi assalam korang. malam ni mood memang outtt la. rasa nak luah diluah mati bapak ditelan mati emak. betul ke peribahasa ni. main sauk je. okay sebenarnya hada rasa boring, rasa jiwa memberontak. jangan kecam dulu. yes memang hada salah sebab merungut pasal kerja. tapi tidak sebenarnya. Menjadi seorang guru adalah hasrat ayah hada. Jadi syukur kepada Nya kerana akhirnya dapat juga mencapai hasrat ayah. Dia dapat lah tengok anak dia jadi cikgu sama seperti dia. Sekema betul rasanya ayat tadi tu. Kalau korang boleh paham la betapa setiap hari hada cuba mencintai job ni. tapi makin dicuba makin berlari perasaan cinta ni. macam hilang bersama ombak pantai. waduh hada jangan jiwang sangat T..T Jiwa ni dalam ni hanya Tuhan yang tahu. ya hanya DIa yang tahu. Jiwa ni rasa memberontak gitew. Yes hada perlukan kaunseling. KAUNSELING ! tapi mana ? kanselor kat sekolah oun cam ade krisis wif another teacher, ni kalau hada tetiba datang nak kaunseling kan dengan hada sekali diterajang nya. i need friends, i mean friends yang boleh paham what i feel and what im supposed to do and think and whatsoever. Paling best bile kaunseling kita rasa berbaloi la sebab kita bagi masa. Masa tu sangat berharga so kalau waste time je kaunseling tapi tak dapat pape pun better korang gi karok sensorang tu sama je feel dia. Hada ada luahkan perasaan gila ni pada someone kita panggil ustazah la kat sekolah hada tu. Dia cam terkejot berok la bile hada cakap pasal nak resign ape jadah semua sebab zaman ni kan susah naw dapat kerja and why hada so stupid nak berhenti kerja and nak jadi apa ? cleaner ? ni bukan ayat ustazah tu ayat ustazah tu helok la ni saje je tambah perisa. tapi hada releks je buat muke badak je. So berlakula perdebatan di situ and soo finally dia suruh solat istikharah lepas hada pumpang pumpang and dia pun pumpang pumpang. Maybe dia fkir payah naw nak cakap kat minah ni :3
last but not least, doakan hada and any suggestion or nasihat boleh DM via my ig @iam.hadaa Lots of love <3 hadaa

Monday, September 17, 2018

Anak Dara Tuaa ?! =..=

haii nama berita korang ? hehe saja guna bahasa iban sekejap. well dah lama gila tak sentuh belog biaselah busy kalah DS najib. Sebenarnya hada dah lama nak update pasal skincara since ada beberapa orang tanya pakai apa. Tapi belum lagi kot nak update. okay pasal harini nak post entry baru sebab kene panggil "anak dara tua". omaigad. umur hada yela dah 25 tapi kejam kot kalau nak cakap macam tu. Bukan tak try take it positive tapi bila korang sendiri kena mesti korang akan rasa bende yang sama. yes, tapi seriously saket hati. Eh biarla orang nak kahwin umur berapa pon. Sebab bukan nya kita yang arrange jodoh ni kan. kita just follow the flow. dah usaha pun bukan tak usaha. sebenarnya hada ada banyak jugak la calon calon tetiba datang. tIBER ! so memnag tengah pilih mana yang berkenan di hati. Hada ada plan supaya hujung tahun ni hada mesti jumpa cinta sejati. Yes true loveee! Berangan ker. hmm takla itulah impian semua orang selain daripada kaya macam dato vida. lepastu dah jumpe true love malas nak buang masa kahwin cepat cepat. memang susah tau anak dara yela apatah lagi anak dara tua ni nak berjalan atas muka bumi ni. Sampai bile nak kenal kenal kenal. im boreddd. biarlah hada bored dengan someone yang at the same time still stay with me and sabar dengan perangai setan kita kan. harhar. so korang doakan la supaya plan tu jadi kalau tak jadi still ada plan lain. kalau hujung tahun ni hada tak jumpe seketul true love on hada nak sambung study and fokus bebetul. nak travel duit tah la ke mana. dalam perot kot. So jangan la suggest hada gi travel sebab tak jumpa seketul cinta sejati. Siapa pulak la yang tak minat travel kan. Orang gila pun kalau dapat travel hilang penyakit gilanya. Okay korang. Wish Me luck kay. kerja tengah berlambak ni so tata. Lots of love <3 Hadaa.

Saturday, August 11, 2018

Stereotype and judgemental

Hai korang ! Harini entry hada pasal stereotype dan judgemental. Mesti korang semua dah lalui kan. Hada sebagai cikgu pun tak lari daripada sangkaan orang sekeliling yang cikgu ni spesies takleh buat salah,takleh buat hal, suci murni, perfect, pandai ape semua. Tersalah cakap sikit je "eh cikgu ke ni", tersalah sebut or silap sikit je "macam mana boleh jadi cikgu ni?". Loser betul rasa bila orang keep cakap macam tu. Tu bukan teguran ye itu sindiran berbau carik pasal. Ape yang tak puas hati sangat jadi cikgu pun tatau. Kalau nak sangat apply la cikgu ke lawyer ke dokter ke yang better than teacher's job. Kalau jadi suri rumah kang lain pulak. Sebenarnye taknak ambik pusing pon ape orang nak cakap tapi yela dah banyak kali kan. Jadi terfikir pulak. Normal la kita terfikir apa orang cakap. Hada tak mintak pun nak jadi cikgu dah jalan rezeki macam ni kan. Kalau boleh nak jadi tukang masak je tapi tak terlajak laris pulak karang. Tak kisah la kerja apa seseorang tu kalau dia buat salah sikit means cakap salah ke tu diri dia jangan lah nak kaitkan dengan profesion dia. Lepastu tak perlu kot nak tanya "macam mana boleh jadi cikgu ni?" soklan tu sama je kalau orang tanya balik "macam mana boleh kerja pasar malam je ? Macam mana boleh tak de kerja ? Macam mana boleh jadi bibik ? Macam mana boleh jadi tukang kebun ? Macam mana boleh kerja kilang ? Macam mana boleh result 7G ? Huh. Meroyan betul ni. Harap lepasni bertabah la. Okeyy done meroyan. Next entry hada nak buat skincare update sebab entry skincare yang lepas list skincare product dah tak pakai lagi. Entry skincare pun nak share pasal kenapa hada tukar dari scrub st ives kepada the ordinary salicylic acid solution (chemical exfoliator) both fungsi sama cuma kenapa hada tukar. Okay daaa. Lots of loVe :* Hadaa.

Wednesday, August 8, 2018

How to be mature ?

Hai korang! Tell me how to be mature ? Harini hada rasa macam nak mengamuk nak marah nak meroyan ape semua ade. Tapi takpe sabar sabar sabar. Yes. Tarik nafas hembus tarik hembus azan kat telinga dat guy pakai mic >..< eeee geram sungguh. Korang pernah kan rasa geram rasa tatau nak buat ape dekat orang yang tak habih habih nak carik your weakness point over and over lepastu talk sarcastic to us. Daripada ur attitude, ur outfit, ur lifestyle semua lah nak dikutuk, tatau apa masalah mental or jiwa yang dat guy sedang hadapi. Yes to be sooo positive maybe dia ada masalah rumah tangga kapal nak karam kat rumah so dia nak lepaskan geram and saket jiwa dia kat hada. Okay im trying to be soo positive. sabar :) .
Jangan nak cakap yang kalau asyik gaduh ni boleh jadi jodoh and hello, OMG. Dia suami orang and dia pun macam tak mampu nak sara dua bini okey. and hada tak rasa this is jodoh sebab dat guy annoyed me to the max level ! Okay hada ade plan. Hada plan nak sambung study as soon as possibleeee lepastu blah so i dont have to see dat guy face anymore !! Wish me luck gais. Lots of LOvE <3 Hadaa.

Sunday, January 14, 2018

Road to clear skin !

Assalamualaikum you alls. harini saja nak share pasal skincare. Ada beberapa kawan yang tanya guna apa kulit muka makin okey. Soo saya jawab simple and padat makan vit C. oh no sebenarnye kalau nak cerita memang banyak sangat. Saya dah STOP ambik vit C sebab saya ada gastrik atau mungkin Vit C brands tu yang tak sesuai dengan saya so maybe saya akan tukar kepada brand lain yang sesuai dengan saya. Tapi kali ni nak share pasal Skin care sebab supplement setakat ni saya dah stop. First sekali, semuanya adalah bermula daripada penjagaan kita sendiri. Tak kisah banyak mana pun kita pakai makeup kuncinya adalah cuci muka bersih bersih ! Lepas kita balik daripada jalan jalan atau balik kerja especially, mesti dah penat terus baring dan tertido. Lepastu lama lama benda macamni jadi rutin kan. betul tak ? Ke saya sorang yang rasa cani. Yes ini berdasarkan pengalaman saya. Lepastu muka mulalah BREAKOUTTT !!! >..< Bila dah breakout tu siyes rasa macam nak pakai burqa ... haha. So jangan malas malas balik kerja terus cuci muka bersih bersih. Okay balik kerja or jalan jalan saya akan bersihkan dulu guna cleansing wipes simple memang sangat simple dan bagus. Ataupun saya guna cotton pad titikkan Garnier micellar cleansing water dan bersihkan muka sampai hilang semua makeup walaupun guna compact powder SAHAJA. Lepastu saya guna SIMPLE cleansing oil beberapa titik sahaja dan massage muka dalam masa 2 - 3 mins atau ikut kepuasan. Tapi nak diingatkan bukan semua sesuai dengan cleansing oil so kalau rasa muka tak sesuai dengan cleansing oil boleh guna cleansing wipes or micellar water sahaja. Lepastu saya gunakan HG cleanser saya iaitu AIKEN tea tree oil sebab cleanser ni sangat sesuai dengan kulit muka saya setakat ni sebab sebelum ni memang dah guna dari yang mahal sampai ke murah memang ni je yang sesuai so far. Lepas bilas muka, saya guna S.T IVES'S apricot scrub yang ni guna twice a week kadang-kadang guna three times per week. seriously best guna scrub ni tau ! DONE ! senangkan.
ni kalau dan mengantuk tahap nak meninggal boleh terus tido. tapi kalau rajin lagi boleh apply clay mask, saya guna Secret aztec bentonite clay boleh beli online yer. nak senang carik #secretaztecmalaysia mesti jumpe punya kat IG ualls tu. Clay mask nila yang banyak bantu proses healing segala keturunan jerawat yang menjajah kat muka. lepastu dah kering kan, boleh pakai toner dan saya guna toner SIMPLE lepastu saya guna SIMPLE light moisturizer. dan mungkin saya akan add on essence dan serum dalam skin care routine saya ! Tapi sekarang masih search pasal info brands product semua sincare nak pilih yang terbaik dan try an error sampai jumpa ! Saya juga amalkan minum Green tea dan Lemon suam untuk dalaman. Satu pesanan saya jangan mudah terpengaruh dengan product yang "kesan seawal 7 hari", "pasti putih pelolesh dalam masa 2 jam " or whatsoever trademark yang mengaburi mata gadis gadis. yes saya tahu semua nak cantik cepat tapi kena ingat yang penting adalah kulit yang sihat. Saya ni sendiri pernah guna product yang ada mercury dan lepas stop memang ambil masa hampir setahun lebih nak sembuh ! Okayy last but not least, cuci muka bersih-bersih ! jangan mudah terpengaruh dengan produk yang boleh buat ualls pelolesh laju laju ! Lots of love :* hadaa

Wednesday, January 10, 2018

Life as a Teacher !

hello You alls apakhabar harini saja nak update blog sebab baru ada mood. saja nak share something yang buat i feel uneasy. Yelah life as a teacher takdelah mencabar macam u alls yang engineer ke doctor ke lawyer etc kan. tapi kami juga ada cabaran masing-masing. kami ni ajar prasekolah so apa yang biasa teacher lain buat adalah menyalahkan kami ni yang ajar bdak pra bila dorang naik Tahun 1 bermasalah. senanye kami ni dah cuba yang terbaik untuk buat budak tu berubah tapi apakan daya kami kan. kami tak salahkan semua tapi ada beberapa yang suka sangat main blame2 orang ni macamlah so perfect. hello ! kami ni ni dah puas buat macam macam untuk buat budak tu jadi better. Ada lah satu budak yang saya ajar ni dia memang agak nakal dan agak susah nak dengar cakap orang tua. so bila dia naik Tahun 1 ada lah beberapa teacher ni salahkan saya sebab budak tu nakal tak nak dengar cakap. Padahal masa ajar budak tu macam -macam cara boleh katakan hari hari lah marah dia.
Korang paham kan sekarang ni kalau pukul budak masuk penjara so i alls gunalah cara yang pernah belajar segala bagai dulu teori kononnnn. haha What the. gunalah teori apa pun. sila meninggal :p Memang tak jalan. untuk budak yang medium mungkin berkesan tapi kalau untuk budak hyper susah kettt ah. so kita memang takleh nak tutup mulut orangkan. So I have to ignore. Yang pnting adalah bagaimana ikhlas dan niat kita nak mengajar bukan semata-mata fikir "ala dapat gaji tiap bulan kisah pulak aku nak budak pandai ke tak?" Niat tu penting, kita niat nak ajar ikhlas dan dah cuba yang terbaik lepastu serahkan segalanya pada Allah. Then kalau ada lagi mulut orang nak cakap ape pun You dont have to care. Stay strong dearies ! lotsoflove :* Hadaa.