Sunday, January 14, 2018

Road to clear skin !

Assalamualaikum you alls. harini saja nak share pasal skincare. Ada beberapa kawan yang tanya guna apa kulit muka makin okey. Soo saya jawab simple and padat makan vit C. oh no sebenarnye kalau nak cerita memang banyak sangat. Saya dah STOP ambik vit C sebab saya ada gastrik atau mungkin Vit C brands tu yang tak sesuai dengan saya so maybe saya akan tukar kepada brand lain yang sesuai dengan saya. Tapi kali ni nak share pasal Skin care sebab supplement setakat ni saya dah stop. First sekali, semuanya adalah bermula daripada penjagaan kita sendiri. Tak kisah banyak mana pun kita pakai makeup kuncinya adalah cuci muka bersih bersih ! Lepas kita balik daripada jalan jalan atau balik kerja especially, mesti dah penat terus baring dan tertido. Lepastu lama lama benda macamni jadi rutin kan. betul tak ? Ke saya sorang yang rasa cani. Yes ini berdasarkan pengalaman saya. Lepastu muka mulalah BREAKOUTTT !!! >..< Bila dah breakout tu siyes rasa macam nak pakai burqa ... haha. So jangan malas malas balik kerja terus cuci muka bersih bersih. Okay balik kerja or jalan jalan saya akan bersihkan dulu guna cleansing wipes simple memang sangat simple dan bagus. Ataupun saya guna cotton pad titikkan Garnier micellar cleansing water dan bersihkan muka sampai hilang semua makeup walaupun guna compact powder SAHAJA. Lepastu saya guna SIMPLE cleansing oil beberapa titik sahaja dan massage muka dalam masa 2 - 3 mins atau ikut kepuasan. Tapi nak diingatkan bukan semua sesuai dengan cleansing oil so kalau rasa muka tak sesuai dengan cleansing oil boleh guna cleansing wipes or micellar water sahaja. Lepastu saya gunakan HG cleanser saya iaitu AIKEN tea tree oil sebab cleanser ni sangat sesuai dengan kulit muka saya setakat ni sebab sebelum ni memang dah guna dari yang mahal sampai ke murah memang ni je yang sesuai so far. Lepas bilas muka, saya guna S.T IVES'S apricot scrub yang ni guna twice a week kadang-kadang guna three times per week. seriously best guna scrub ni tau ! DONE ! senangkan.
ni kalau dan mengantuk tahap nak meninggal boleh terus tido. tapi kalau rajin lagi boleh apply clay mask, saya guna Secret aztec bentonite clay boleh beli online yer. nak senang carik #secretaztecmalaysia mesti jumpe punya kat IG ualls tu. Clay mask nila yang banyak bantu proses healing segala keturunan jerawat yang menjajah kat muka. lepastu dah kering kan, boleh pakai toner dan saya guna toner SIMPLE lepastu saya guna SIMPLE light moisturizer. dan mungkin saya akan add on essence dan serum dalam skin care routine saya ! Tapi sekarang masih search pasal info brands product semua sincare nak pilih yang terbaik dan try an error sampai jumpa ! Saya juga amalkan minum Green tea dan Lemon suam untuk dalaman. Satu pesanan saya jangan mudah terpengaruh dengan product yang "kesan seawal 7 hari", "pasti putih pelolesh dalam masa 2 jam " or whatsoever trademark yang mengaburi mata gadis gadis. yes saya tahu semua nak cantik cepat tapi kena ingat yang penting adalah kulit yang sihat. Saya ni sendiri pernah guna product yang ada mercury dan lepas stop memang ambil masa hampir setahun lebih nak sembuh ! Okayy last but not least, cuci muka bersih-bersih ! jangan mudah terpengaruh dengan produk yang boleh buat ualls pelolesh laju laju ! Lots of love :* hadaa

No comments:

Post a Comment